Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025

Tuesday, January 6, 2009

Gamat in Harian Metro




30/12/08: Istana Budaya 10 tahun
Oleh Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20090103090034/Article/index_html
Rap
TAHUN 2009 akan menyaksikan Istana Budaya (IB) meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dengan mementaskan pelbagai program menarik meliputi muzik, teater dan tarian selaras dengan prestijnya sebagai pentas bertaraf dunia.



Melihatkan pencapaian yang begitu menggalakkan sepanjang sembilan tahun beroperasi, IB akan mengulangi beberapa teater popular yang mendapat sambutan ramai seperti Puteri Gunung Ledang The Musical, Iruvar dan Teater Muzikal Sirah Junjungan dengan versi ceritanya diubah sedikit.Selain itu, IB menyusun kalendar persembahan tahun depan mengikut tema tertentu seperti Mamma Mia sempena Tahun Baru, Puteri Gunung Ledang The Musical (Hari Valentine), Teater Muzikal Sirah Junjungan (Maulidur Rasul), Teater Tun Razak (Merdeka) dan beberapa persembahan berkaitan kanak-kanak sempena cuti sekolah.Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata meskipun terdapat 31 produksi pada 2009 berbanding 39 produksi pada 2008, IB tetap mensasarkan pencapaian peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya."Antara langkah proaktif ialah dengan mengenakan deposit sebanyak 10 peratus kepada syarikat yang membuat persembahan di IB. Langkah ini penting untuk menjaga kredibiliti dan nama baik IB supaya syarikat yang memohon menepati penjadualan yang dipersetujui."Seterusnya, IB juga merancang untuk membeli hak cipta beberapa karya dari luar negara yang dikenal pasti boleh memberikan pulangan kewangan dan mendapat sambutan daripada penonton untuk dipentaskan di IB," katanya ketika melancarkan Program IB 2009 di Lambang Sari, IB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKKW, Datuk Dr Muzahet Masruri; Timbalan Ketua Setiausaha KPKKW (Kebudayaan), Datuk Mohamed Mohd Daud dan Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani.Menurut Shafie, selepas diteliti perkembangan produksi di IB sejak 1999, jumlah kehadiran penonton dan jualan tiket meningkat apabila membabitkan persembahan antarabangsa seperti Cats, Saturday Night Fever, Fame dan lain-lain.Bagaimanapun, pihaknya mengambil berat soal peratusan produksi tempatan yang mengadakan persembahan di IB. Bagi 2009, sebanyak 80 peratus persembahan dikendalikan produksi tempatan manakala 20 peratus lagi dari luar negara."Produksi dalam negara yang paling cemerlang setakat ini didominasi persembahan Puteri Gunung Ledang The Musical. Begitu juga dengan produksi IB sendiri seperti Teater Muzikal Kanak-Kanak Ali Baba, Aladdin, Suzana@60 dan Konsert Muzik Bahtera Merdeka.


"Persembahan khusus untuk kanak-kanak seperti Ali Baba, Aladdin dan Sinbad sememangnya antara persembahan yang ditunggu-tunggu ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia. Muzikal Kanak-Kanak Sinbad yang baru saja berlangsung umpamanya menerima sambutan luar biasa sebagaimana dua persembahan kanak-kanak sebelum ini," katanya


Sementara itu Juhari berkata, sepanjang penubuhannya, IB mencapai kutipan tiket tertinggi sebanyak RM11.34 juta pada 2008 walaupun ada beberapa program menarik diri pada saat akhir menjadikan 39 persembahan daripada 43 jumlah asal.Walaupun begitu, IB tetap mencapai sasaran melebihi 100,000 penonton apabila menerima kunjungan lebih 127,000 penonton sepanjang 2008."Bagi musim 2009, IB tidak lagi memberikan bantuan dalam bentuk kewangan secara keseluruhan. Sebaliknya, memberikan insentif dalam bentuk lain seperti kemudahan yang ada, penari, teknikal dan kerjasama lain yang bersesuaian."Dari segi pengisian, IB juga memberi ruang kepada pementasan naskhah Sasterawan Negara, Datuk Nordin Hassan menerusi teater Di Mana Setanggi. Ini membuktikan kita tidak melihat kepada unsur komersial semata-mata."Begitu pun, kita harus akui bentuk persembahan teater muzikal terus mendominasi kutipan tertinggi jualan tiket, apatah lagi dengan penampilan istimewa artis popular tanah air sebagai pelakon," katanya.Pada 2009, golongan muda terus menjadi golongan sasaran yang ingin ditarik minat mereka menyaksikan persembahan di IB dan seterusnya mencintai seni teater dan budaya tempatan.Untuk itu, IB membuka ruang kepada pementasan daripada filem yang mendapat sambutan ramai seperti Muzikal Cuci dan Cicakman yang dirangka khusus untuk menarik dan membawa golongan muda mendekati seni persembahan.Dengan didikan dan asuhan awal ini, kita yakin dalam jarak waktu terdekat, seni persembahan Malaysia mempunyai penonton dan peminatnya tersendiri.


PROGRAM ISTANA BUDAYA 2009
- Makyung Raja Besar Senyanya (9 - 11 Januari)
- Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (23 - 24 Januari)
- Puteri Gunung Ledang The Musical III (6 - 21 Februari)
- Konsert Alam M Nasir (27 Februari - 1 Mac)
- Iruvar II (4 - 8 Mac)
- Teater Muzikal Sirah Junjungan (9 - 14 Mac)
- 24 Hours Theatre (15 Mac)
- KL Kaleidoscope (20 - 22 Mac)
- Mimpi (3 - 5 April)
- Konsert Untukmu Wanita (10 - 12 April)
- Malaysian Band Unplugged OAG (17 - 19 April)
- Bangsawan Mahsuri (24 - 30 April)
- Konsert Amal Untukmu Ibu -
- Black Dog Bone & Carefree (8 - 10 Mei)
- Hikayat Merong Mahawangsa (15 - 17 Mei)
- Prince Siddhartha The Musical (22 - 31 Mei)
- Tribute To Sudirman (4 - 6 Jun)
- Saya Yang Berhormat (12 - 16 Jun)
- Konsert Orkestra Simfoni Remaja (20 - 21 Jun)
- Festival Muzik KL (1 - 5 Julai)
- Unforgettable Teresa Teng (9 - 11 Julai)
- The Merchants Of Bollywood (14 - 26 Julai)
- Konsert Klasikal Orkestra Simfoni Kebangsaan (6 - 8 Ogos)
- Teater Tun Razak (14 - 20 Ogos)
- Gamat (2 - 8 Oktober)
- Yamaha Asia Electone Festival (10 Oktober)
- Muzikal Cuci (16 Oktober - 1 November)
- Little Singers Of Monaco (5 - 8 November)
- Di Mana Setangginya (13 - 22 November)
- Cicakman (8 - 20 Disember)
- Gema Zafana (26 - 29 Disember)

No comments: