Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025

Wednesday, June 24, 2009

Gamat @ Harian Metro


23/8/09: Gamat di Istana Budaya

Rap
KESEDARAN masyarakat terhadap pengamalan gaya hidup sihat serta menghindari penyakit agak longgar. Begitu juga mengenai penjagaan alam sekitar. Ini mungkin ketiadaan usaha berterusan untuk meyakinkan mereka mengenai pentingnya menyayangi alam sekitar.
Mereka perlu dididik dengan pelbagai cara, termasuk melalui persembahan teater seperti mana dilakukan menerusi muzikal Gamat yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 2 hingga 8 Oktober depan.Menurut Penerbitnya, Siti Rohayah Attan, usaha mendidik harus bermula dari usia muda. Justeru, teater ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah, remaja dan masyarakat seluruhnya supaya dapat belajar mengenai erti kehidupan.
“Ruang pementasan ini diharap dapat memberi pengalaman kepada generasi muda memandangkan kebanyakan yang terbabit adalah golongan masih muda dan bersemangat tinggi. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan melahirkan Rakan Seni Budaya yang dilaungkan melalui program Rakan Muda,” katanya.
Muzikal Gamat arahan Zaifri Husin ini berkisarkan kehidupan dunia yang semakin sakit dan tercemar. Berlatarkan dasar laut, ia bercerita mengenai Mat (anak gamat) yang ditangkap oleh Kurita untuk mendapatkan lendir bagi mengubati penyakit.
21/8/09: Mari selamatkan dunia
Oleh Nor Akmar
Samudinakmar@hmetro.com.my
KEHIDUPAN di dunia yang semakin sakit dan tercemar menjadi intipati kepada teater muzikal Gamat terbitan CTRA Production milik Siti Rohayah Attan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), 2 hingga 8 Oktober ini.Teater arahan Zaifri Husin itu asalnya projek pelajar Aswara yang dipentaskan dua tahun lalu dan ia menarik minat Rohayah untuk dipentaskan semula, tahun lalu. Namun, kekangan bajet menyebabkan projek itu hanya dapat dilaksanakan tahun ini. Menurut Rohayah, Gamat akan menyentuh pengamalan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, menghindari penyakit dan isu pencemaran alam sekitar. Ketika ditemui selepas pelancaran teater itu di IB, Selasa lalu, Rohaya berkata, dia memang gemar mementaskan teater berbentuk memberi pendidikan kepada penonton terutama generasi muda yang bakal memimpin negara ini kelak."Apabila saya menonton teater itu di Aswara, saya amat tertarik dengan tema kehidupan dasar laut yang diketengahkan dalam Gamat. Ia sarat dengan mesej mengenai penjagaan alam sekitar dan masalah obesiti. "Sebelum ini, pementasan teater di Aswara banyak mengetengahkan isu semasa dengan sembilan daripada 10 cerita yang dipentaskan amat menambat hati saya. "Justeru, walaupun sukar mencari penaja, saya nekad mementaskan teater ini kerana ia bagus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga kebersihan, kesihatan dan hidup bersatu padu.
"Bukan saja perlu menjaga kebersihan di sekeliling kita tetapi menjadi tanggungjawab kita menjaga kebersihan di laut dan sungai kerana kedua-duanya menyediakan sumber makanan untuk manusia."Jika laut dan sungai tidak bersih, hidupan di dalamnya seperti udang, ketam dan ikan akan tercemar dan jika memakannya akan memudaratkan kesihatan," katanya. Bagaimanapun, Rohayah bersyukur kerana dalam kepayahannya mencari penaja, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sudi menjadi penaung persembahan teater itu dan juga membiayai projek berkenaan menerusi bahagian promosi kementerian itu. Pada sidang media itu, Rosnah hadir sama untuk melancarkan teater berkenaan.Pementasan teater itu membabitkan hampir 80 pelakon berusia antara 3 hingga 40 tahun serta pelajar Aswara sendiri. Mereka melakonkan watak Bapa Gamat (Zuhairi Ibrahim), Ibu Gamat (Safura Yaacob), Anak Gamat, Belut, Bintang, Udang Kara, Tiram, Kurita, Ketam, Obor-Obor, Ikan Buntal, Ketua Hakim 1 (Penyu), Ketua Hakim 2 (Penyu), Udang, Ikan Todak, Sotong Katak, Kuda Laut, Sotong, Rambutan Laut, Umang-Umang, Baracuda dan Mahatahu.
Muzikal Gamat mengisahkan suka duka kehidupan dalam laut yang dihuni pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik, ada yang jahat. Ini termasuk Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).

RAP:
BINTANG yang dicungkil dari program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), Anith Aqilah Sulaiman Lim antara 400 peserta yang menghadiri uji bakat mencari pelakon teater muzikal Gamat yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 2 Oktober nanti.

Ternyata percubaan Anith mencuba lakonan teater membuahkan hasil apabila dipilih untuk watak pelakon pembantu (gamat betina) bercinta dengan gamat jantan. Anith akan digandingkan dengan seorang lagi pendatang baru, Zulaidil Zainal Abidin dalam teater ini yang diarah Zaifri Husin ini.Penerbit teater ini, Siti Rohayah Attan berkata, selain Anith dan Zulaidil, barisan juri juga tertarik dengan bakat besar yang ada pada peserta kanak kanak yang datang untuk uji bakat tiga hari itu iaitu Muhammad Aidil Solehin Marhalim, 9, dari Shah Alam.
“Muhammad Aidil ditawarkan watak utama sebagai Anak Gamat kerana bakat besar yang ada pada dirinya. “Dia boleh menyanyi, berlakon dan menari hingga menarik perhatian juri ketika sesi uji bakat mencari pelakon teater itu, baru-baru ini. “Melalui uji bakat itu, hanya 70 peserta dipilih sebagai pelakon pembantu dan tambahan, tetapi jumlah keseluruhan pelakon yang diperlukan ialah 80 orang,” katanya.
Mengenai kos pementasan teater ini yang mencecah RM1 juta, Siti Rohayah berkata, pihak produksi kini bekerja keras untuk mendapatkan penajaan daripada syarikat pengeluar produk kesihatan dan korporat yang berminat dalam seni persembahan.
“Saya sedar untuk mengumpulkan kos sebesar itu bukanlah perkara mudah apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Sudah pasti, mereka yang membabitkan diri juga memerlukan ganjaran yang setimpal dengan pelaburan mereka.
“Saya berharap syarikat yang berasaskan kesihatan dan mereka yang cintakan alam sekitar akan menunjukkan minat mendalam untuk sama-sama membabitkan diri dalam pementasan yang akan menampilkan 40 lagu ciptaan Hafiz Askiak ini.
“Pada masa sama, pihak kami masih menanti jawapan dari pengacara paling popular, Aznil Nawawi yang turut berminat untuk berlakon dalam teater ini,” katanya.
Barisan pelakon yang sudah dikenal pasti ialah Safura Ya’cob, Zuhairi Ibrahim, Juhara Ayob, Avaa Vanja, Sherry Syed Abdullah dan Tania Zalina Zainal. Watak yang diketengahkan ialah Gamat, Ketam, Sotong, Kurita, Obor-Obor, Buntal, Tapak Sulaiman, Tiram, Belut, Ikan Todak, Udang, Kuda Laut, Baracoda, Umang-Umang dan banyak lagi.Teater ini diterbitkan CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan De’Media & Event Entertainment.

Penaung ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Dalam kepayahan mendapatkan penaja, Rohayah bangga kerana tiket pementasan teater muzikal Gamat sudah mula dibeli peminat teater tanah air. Tempahan tiket juga diterima dari Pahang dan Melaka terutamanya pementasan matinee pada 2 dan 3 Oktober. “Mungkin faktor harga tiket RM20 bagi setiap tempat duduk menarik perhatian ramai. Bagi pementasan dua hari pada jam 3 petang itu sebanyak 2,600 tempat duduk dijual kepada penonton. “Malah, tiket berharga RM150, RM100, RM80 dan RM50 juga dibeli sama ada secara terus atau pun melalui tempahan online.
“Sambutan hangat jualan tiket itu menyuntik semangat kami untuk bekerja lebih keras dalam merealisasikan teater ini. “Ini kerana sepanjang 15 tahun pembabitannya dalam teater, muzikal Gamat memecah tradisi kerana tiketnya sudah dibeli sedangkan latihan belum dimulakan lagi.
“Pihak kami sudah mula mendapat tempahan sejak Mei lalu terutama dari sekolah di luar Kuala Lumpur. Ramai yang menempah tiket lebih awal kerana bimbang ia kehabisan nanti.
“Ia sesuatu yang mengejutkan buat saya. Tapi, saya percaya perkara itu berlaku kerana kami sudah mengadakan promosi teater ini sejak awal tahun lalu ketika pementasan teater muzikal Ibu Zain di Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic),” katanya.
Teater Gamat berkonsep pendidikan gaya hidup sihat dan kesedaran kepada alam sekitar. Ia juga menawarkan tiket istimewa bagi persembahan jam 3 petang pada 3 dan 4 November. Harga yang ditawarkan ialah RM21.50 untuk semua tempat duduk. “Kami juga mengamalkan konsep siapa dulu, dia dapat. Mereka boleh membeli terus di kaunter tiket Istana Budaya atau membuat tempahan melalui kami dan ejen tiket kami iaitu Tiket2U.
“Saya percaya harga tiket istimewa yang menawarkan 2,400 tempat duduk akan mendapat sambutan terutamanya kumpulan pelajar dari luar Kuala Lumpur,” katanya.




24/6/09: Teater Gamat perlu RM1j

Rap
SELEPAS lakonan mantapnya dalam teater Ronggeng Rokiah, ternyata Safura Ya'cob memiliki bakat seni tersendiri. Justeru, tidak hairanlah apabila dia kerap dilamar membintangi teater muzikal seperti Bukan Dejavu, Randai Kasih Menanti dan terbaru, Gamat.
Walaupun Gamat turut dibarisi Datin Natasha Hudson dan Avaa Vanja, hanya Safura yang sudah diketahui wataknya iaitu sebagai Ibu Gamat. Malah pementasan ini memerlukan lebih 60 pelakon meliputi pelakon dewasa dan kanak-kanak untuk memenuhi karakter gamat, sotong kurita, ketam batu, ikan buntal, ketam bunga dan obor-obor.Teater muzikal Gamat bakal menyingkap rahsia dunia laut dan ia memuatkan pelbagai mesej positif. Antaranya memberitahu masyarakat mengenai pencemaran alam sekitar, pengamalan gaya hidup sihat, mendidik generasi muda berhubung haiwan laut serta kepentingan menjaga alam sekitar. Teater muzikal arahan Zaifri Husin serta dianjurkan CTRA Production, sesuai ditonton semua peringkat usia.Penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, bagi ibu bapa yang ingin membawa anak mereka menonton teater, muzikal Gamat adalah pilihan tepat. Ini kerana, biarpun ia boleh ditonton pelbagai lapisan usia, pasti sangat menghiburkan bagi kanak-kanak.
"Kostum digunakan berwarna-warni dan memang akan menarik perhatian penonton. Disebabkan itu, boleh dikatakan teater ini memerlukan belanja agak tinggi iaitu RM1 juta. Sehubungan itu, saya memerlukan penaja untuk teater muzikal Gamat."Justeru, syarikat korporat berminat dialu-alukan bekerjasama dengan kami. Saya juga sedaya-upaya berusaha mengumpul dana diperlukan sebelum pementasannya pada 2 hingga 8 Oktober depan."Bagi saya, industri teater tanah air sekarang kian menambat hati penonton. Penerimaan dan sambutan diterima sangat menggalakkan dan saya percaya teater muzikal Gamat turut berjaya mengumpulkan kelompok penonton tersendiri," katanya.Kata Siti Rohayah, teater muzikal Gamat sepatutnya sudah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) tahun lalu kerana perancangan dibuat sejak 2007. Namun, terpaksa ditunda pada tahun ini kerana memberi laluan kepada teater muzikal Ibu Zain. "Oleh itu, tiada istilah 'terburu-buru' untuk mementaskan teater muzikal Gamat. Malah, kami di produksi penerbitan juga sememangnya sudah bersedia menyahut cabaran ini. Cuma, masalahnya sekarang kami belum mendapatkan penaja berminat.
"Bayangkan, umum mengetahui gamat banyak khasiatnya. Jadi, sebagai haiwan yang pelbagai kegunaannya sebagai ubat memulihkan sakit dihidapi manusia, judul ini diambil. Apapun, keindahan haiwan dan tumbuhan dasar laut cukup cantik," katanya.
Sementara itu, Zaifri mengakui bukan mudah baginya menggalas tanggungjawab merealisasikan teater itu memandangkan ia teater kanak-kanak dan pastinya menuntut komitmen dan kesabaran tinggi.
"Namun, saya sahut cabaran ini memandangkan teater muzikal Gamat sesuai ditonton seisi keluarga. Cuma, buat masa ini segalanya dalam proses mengenal watak dan jalan cerita termasuk mencari bintang baru menerusi uji bakat."Sesi uji bakat mencari pelakon dewasa dan kanak-kanak untuk pementasan ini akan diadakan pada 11 dan 12 Julai ini di IB. Sesiapa yang ada bakat dan berminat bolehlah menghadirkan diri. Selain itu, teater berkonsepkan 'semi muzikal' ini juga memuatkan 16 lagu. "Apapun, bergantung pada dialog. Sekiranya, ia (dialog) tidak sama, saya akan tukarkan pada bentuk lirik lagu. Paling penting, mesej disampaikan kepada penonton berjaya. Justeru, tidak dinafikan saya pening memikirkan bermacam idea," katanya. Menyentuh soal naskhah teater itu, kata Zaifri ia diambil daripada projek akhir pelajar tahun dua Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Namun ketika itu, ia hanya dipentaskan dalam skala kecil dan kini masa sesuai sudah tiba.
Katanya, mengambil kira pengaruhnya kepada penonton, teater muzikal Gamat diangkat dengan menjengah skrin lebih besar pula dan tidak disangka IB sedia memberikan peluang penggiat teater tempatan berkarya. Beliau berharap, penonton akan terhibur dengan persembahan ini.Sehubungan itu, sejak pementasan teater berlangsung di IB sasaran penonton premis berprestij itu cukup menggalakkan. Jika dulu, jumlah penonton dicatatkan seramai 70,000 orang, kini meningkat kepada hampir 100,000. Malah, daripada kutipan tiket pula mencatat kutipan lebih RM4 juta.Bagi orang ramai yang ingin menyaksikan teater muzikal Gamat, tiket berharga RM150, RM100, RM80, RM50 dan RM30. Keterangan lanjut mengenai teater menyentuh hati ini boleh melayari laman web, http://www.muzikalgamat.blogspot.com/.




No comments: