Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025

Thursday, January 28, 2010

Muzikal Gamat Kembali Lagi! @ MStar



Sabtu Januari 23, 2010

SELEPAS dipentaskan pada tahun lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur, kali ini teater Muzikal Gamat kembali menemui penggemar teater tanah air pada 12 hingga 22 Mac depan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Muzikal terbitan CTRA Production ini turut mendapat kerjasama MATIC, ASWARA dan Istana Budaya dengan tajaan Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Di bawah terbitan Siti Rohayah Atan, karya sepenuhnya oleh Zaifri Husin itu masih mengekalkan barisan pelakon seperti Amy Mastura, Natasha Hudson, Zuhairi Ibrahim, Aidil Solehin Marhalim, Anith Aqila Sulaiman, Nur Syahida Marzuki, Sarah Erwin, Eewen Teoh, Grace Yeoh dan ramai lagi.
Muzikal Gamat musim pertama menjadi teater pertama di Malaysia yang mengambil dasar lautan sebagai latarnya. Ia juga menjadi teater pertama yang menggunakan kanak-kanak paling muda berusia tiga tahun iaitu Elhann Sairish Azrin di samping 30 kanak-kanak.

Selain itu, ia menampilkan 30 pelakon dewasa lain termasuklah Najua Nasir P.Ramlee dan Shukor Ibrahim.
Menurut Siti Rohayah atau mesra dengan sapaan Kak Roy: “Muzikal Gamat ini dipentaskan atas kesedaran kami bahawa sesungguhnya bumi dan laut semakin `sakit’ angkara perbuatan keji manusia.

“Sifat materialistik yang bersarang di jiwa manusia yang semakin rakus menjadikan dunia ini sebagai mangsa.

“Makanya, dunia semakin nazak dan akan mati bila-bila masa sedangkan jangka hayatnya boleh dipanjangkan jika sikap jahat itu boleh dihindari.”

Tambahnya, mereka mengerjakan teater muzikal ini dengan niat untuk sama-sama berfikir untuk menjadi untuk menjadi makhluk yang bersopan dan berbudi bahasa kepada alam ini.

“Kami mencari penaja yang mempunyai kesedaran untuk sama-sama berjuang ke arah ini. Alhamdulillah, Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Datuk Prof. Hassan Yaakub telah menyambut huluran tangan kami dan menjadi penaja utama persembahan ini,” beritahunya lagi menerusi kenyataan media.

Gamat mengisahkan tentang kehidupan di dalam laut yang dipenuhi pelbagai kisah suka dan duka. Ia dihuni oleh pelbagai kehidupan laut, ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Gamat, Ketam, Tapak Sulaiman, Kurita, Obor-Obor, Baracuda, Kuda Laut, Sotong, Landak Laut, Umang-Umang dan Ikan Todak.

Ibu dan Bapa Gamat mahu menolong Profesor membuat penyelidikan tentang gamat dan menyuruh anaknya Mat duduk di rumah tetapi Mat merasa bosan. Mat telah keluar berjalan-jalan dan bertemu dengan Ketam Bunga, Ketam Batu dan Tapak Sulaiman.

Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan toksid. Kurita mengarahkan Obor-Obor menangkap Ibu Gamat supaya dapat mengubati penyakitnya. Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat.

Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut) yang memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui anaknya.

Ketika dalam perjalanan mencari inilah pelbagai peristiwa terjadi dan disaksikan oleh Ibu Gamat. Ini termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan menggunakan produk gamat ramuan Profesor Gamat.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka juga berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

Menurut ensiklopedia bebas bahasa Melayu, Gamat atau Timun Laut (sea-cucumber) ialah sejenis haiwan yang hidup di dasar laut dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Justeru itu, ia dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat.

Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan sebagai ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan tiket berharga RM22 (3 petang) dan RM50 (8.30 petang).

Keterangan lanjut hubungi 03-61866592 atau layari www.muzikalgamat.blogspot.com

No comments: