Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025

Thursday, February 11, 2010

Anak-Anak Artis Gamatkan Gamat2 @ Harian Metro

Oleh Ramlah Zainal


2010/02/12 PENYANYI popular Ziana Zain dan Misha Omar antara dua pelakon utama yang bakal menyemarakkan pementasan Muzikal Gamat musim kedua yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula 12 hingga 22 Mac ini.

Teater berkenaan dipentaskan CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Matic, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya (IB). Selain terbabit dengan program Mentor musim baru terbitan stesen TV3, Muzikal Gamat adalah 'comeback' buat Ziana di persada seni selepas bercuti hampir setahun kerana bersalin. Lebih menarik, ia juga julung kalinya kemunculan Ziana dan Misha di pentas teater tempatan. Produser teater berkenaan, Siti Rohayah Attan, berkata Ziana dan Misha sudah pun memberikan persetujuan untuk beraksi di pentas teater itu minggu lalu.

"Ziana juga akan membawa watak Ketua Obor-Obor yang juga watak jahat dalam pementasan teater berkonsep kanak-kanak ini.

"Misha pula akan membawa watak Ketua Ikan Buntal untuk menggantikan tempat Datin Natasha Hudson yang membawa watak itu pada musim pertama. Kami tampilkan Misha kerana ingin mencuba sesuatu yang baru pada musim ini," katanya. Jika nak diikutkan, kata Rohayah, pihaknya pernah berbincang dengan Ziana untuk menawarkan berlakon dalam teater Bukan Dejavu 2, tetapi Ziana pula disahkan mengandung ketika itu dan perancangan berkenaan terpaksa dibatalkan.

"Apabila saya pentaskan Muzikal Gamat di IB, saya juga menawarkan dia berlakon, tapi pada waktu itu Ziana masih dalam tempoh berpantang. Justeru, kali ini pihak kami sangat berharap Ziana akan menerima tawaran berlakon," katanya.

Selaku produser, Rohayah mengakui Ziana dan Misha mempunyai daya tarikan kuat untuk menarik penonton ke pentas teater. Rohayah berkata, apa yang menarik teater berkenaan menggabungkan pelakon dewasa dan kanak-kanak semuda usia dua tahun. "Pelakon yang paling muda ialah anak kepada pelakon Juhara Ayob yang berusia dua tahun. Begitu juga dengan anak Amy Mastura yang masih terbabit dalam musim kedua ini. "Mereka juga menjadi kanak-kanak berani dan aktif apabila menjayakan sesi latihan dan pementasan. Pada masa sama, pihak kami bercadang melamar anak Ziana dan Misha sendiri untuk beraksi nanti," katanya.

Tambah Rohayah lagi, pihaknya terpanggil untuk mementaskan semula teater Muzikal Gamat berdasarkan sambutan memberangsangkan Oktober lalu.

"Ia dipentaskan atas kesedaran bumi dan laut semakin nazak kerana perbuatan keji manusia sedangkan jangka hayatnya boleh dipanjangkan jika sikap jahat itu boleh dihindari.

"Kami menghasilkan teater muzikal ini dengan hasrat untuk semua masyarakat berfikir bagaimana menjadi makhluk bersopan kepada alam ini," katanya.

Cerita ini mengisahkan suka duka kehidupan makhluk laut seperti Gamat, Ketam, Kurita, Obor-Obor, Umang-Umang, Landak Laut, Belut, Barracuda, Kuda Laut dan Tapak Sulaiman. Kehidupan mereka akhirnya dicemari sisa toksid sehingga Kurita mahu menculik Ibu Gamat untuk menjadikannya sebagai penawar. Namun Kurita tersalah culik iaitu Anak Gamat menyebabkan suasana di lautan menjadi kucar-kacir.

Selain Ziana dan Misha, barisan pelakon lain termasuk Amy Mastura, Zuhairi Ibrahim, Nur Syahida Marzuki, Anith Aqila Sulaiman (OIAM), Aidil Solehin Marhalim, Eewen Teoh serta seramai 40 pelakon pembantu.

Teater karya dan arahan Zaifri Husin ini ditaja Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd iaitu syarikat yang popular dengan pengeluaran gamat milik Datuk Prof Hassan Yaakub.

Tiket bagi menyaksikan pementasan Muzikal Gamat musim kedua ini dengan berharga RM50 (jam 8.30 malam) dan RM22 (jam 3 petang). Untuk keterangan lanjut hubungi 03-6186 6592/ 017-8716 060/ 012-2977 220 atau layari http://www.muzikalgamat.blogspot.com/.

No comments: