Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025

Monday, August 24, 2009

Gamat @ www.gua.com.my

‘Gamat’ Membawa Kesedaran Tentang Pencemaran Alam
by - 23 Aug 2009






Kehidupan di dunia yang semakin ‘sakit’ dan tercemar menjadi intipati kepada persembahan ini. Begitu juga pengamalan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serta menghindari penyakit dan isu pencemaran alam sekitar.‘Muzikal Gamat’ mengisahkan tentang suka-duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).


Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya menyuruh Mat duduk saja di rumah.


Di Karang Puaka, Kurita sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan pengikutnya Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Kurita teramat marah dan semakin sakit.Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan memutuskan untuk berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui kembali anaknya.


Dalam perjalanan mencari anaknya, pelbagai peristiwa berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat, termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Dia turut terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan binatang lain yang sedang sakit. Ada yang sakit akibat obesiti, banyak merokok dan minum arak. Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat. Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.


‘Muzikal Gamat’ diarah oleh Zaifri Husin yang juga penulis skrip sementara barisan pelakonnya terdiri daripada Zuhairi Ibrahim (sebagai Bapa Gamat), Safura Ya’cob (Ibu Gamat), Muhammad Aidil Solehin Marhalim (Anak Gamat @ Mat), Zulaidil Zainal Abidin (gamat jantan) dan Anith Aqilah (gamat betina).


‘Muzikal Gamat’ akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 4 – 12 Oktober (tiada persembahan pada 9 dan 10 Okt), jam 8.30 malam. Matinee akan diadakan pada 4 dan 11 Okt pada 3 petang.Tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150 sementara RM20 untuk persembahan matinee. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi Box Office Istana Budaya di 03-40265558, CTRA Production (Tel: 03-61866592, 017-8716060, 012-2977220) atau layari www.muzikalgamat.blogspot.com. Tiket boleh juga dibeli secara online melalui www.ticket2u.biz (Tel: 03-41498600).

No comments: