Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025
Showing posts with label adibah noor. Show all posts
Showing posts with label adibah noor. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Gamat the Musical @ Sensasi Selebriti Budiey

Sensasi Selebriti Budiey www.budiey.com
Adibah Noor, Amy Mastura, Natasha Hudson Dalam Muzikal Gamat
http://www.budiey.com/adibah-nor-amy-mastura-natasha-hudson-dalam-muzikal-gamat/

Pementasan Muzikal Gamat 4 Oktober
TEATER pertama di Malaysia yang menggunakan lokasi laut sebagai latarnya iaitu Muzikal Gamat di tunda tarikh pementasannya kepada 4 Oktober hingga 12 Oktober di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Tarikh asal pementasannya pada 2 Oktober hingga 8 Oktober di tempat yang sama.Penerbitnya, Siti Rohaya Attan berkata, tarikh pementasan itu terpaksa ditunda bagi memberi peluang kepada Konsert Orkestra Tradisional Melayu 1 Malaysia yang dikendalikan oleh IB pada tarikh yang sepatutnya Muzikal Gamat melalui proses akhir.
“Walaupun kita sudah menempah Panggung Sari lebih setahun lalu, tetapi kami sanggup memberi laluan kepada Konsert Orkestra Tradisional Melayu 1 Malaysia kerana ia adalah program anjuran kerajaan yang wajar diberikan sokongan. Sekiranya kami masih mahu meneruskan pementasan pada tarikh asal, ia tidak akan membantu kami dari segi teknikal dan mutu persembahan kerana masa yang diperuntukkan hanya dua hari sebelum pementasan berlangsung,” katanya.
Bagi tarikh baru itu, Siti Rohaya menjelaskan, pementasan akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 8 Oktober dan dari 11 Oktober hingga 12 Oktober, jam 9.30 malam. Manakala 9 dan 10 Oktober tiada pementasan.Pada pementasan itu, harga tiket adalah RM150, RM100, RM80, RM50 dan RM30. Persembahan di sebelah petang iaitu pada 4 Oktober dan 11 Oktober pula, harga tiket hanya RM20.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang sudah membeli tiket pada tarikh 2 dan 3 Oktober boleh membuat pertukaran tarikh baru atau berhak untuk menuntut wang mereka semula dengan menunjukkan tiket yang dibeli sebagai bukti.Teater Muzikal Gamat terbitan CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PTVM) ini menampilkan barisan pelakon mantap seperti Adibah Noor sebagai Ikan Pari, Amy Mastura (Ibu Gamat), Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat), Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal) dan Avaa Vanja (Ketua Buntal).Sementara itu, beberapa bakat baru turut dicungkil seperti finalis program One In A Milion musim kelima, Anith Aqila Sulaiman (Gamat betina), bakat baru berusia sembilan tahun, Aidil Solehin (anak Gamat) dan 80 pelakon lain daripada pelbagai antarabangsa.Teater arahan Zaifri Husin ini menceritakan mengenai kehidupan laut yang melalui pelbagai masalah termasuklah pencemaran akibat toksid. Kumpulan Gamat pula menjadi hero kerana berjaya menyembuhkan penyakit itu.
Keterangan lanjut boleh menghubungi 03-61866592 atau melayari www.muzikalgamat.blogspot.com atau www.tiket2u.biz, manakala sebarang kemusykilan berkaitan dengan tiket boleh hubungi Istana Budaya di talian 03-40265555.

Tuesday, September 1, 2009

Amy Mastura Gamatkan IB




30/8/09: Amy Mastura gamatkan IB


DAH lama tak dengar cerita Amy Mastura. Walaupun lagunya Happy pernah menjadi siulan tapi tak lama kemudian senyap. Baru-baru ini Joyah ada terserempak dengannya masa dia menghadiri fotografi di studio. Lagaknya macam biasa. Selamba saja dan kalau tak melawak, memang tak sah dan bukan Amy Masturalah namanya.
Joyah dapat tahu Amy juga bakal menggamatkan pementasan teater muzikal Gamat, arahan Zaifri Husin yang akan dipentaskan di Istana Budaya Oktober nanti. Teater berkisar tentang kehidupan dasar laut ini akan dipentaskan pada 4 Oktober hingga 12 Oktober di Panggung Sari tetapi pementasan tiada pada tarikh-tarikh 9 Oktober dan 10 Oktober.
Joyah diberitahu bahawa bukan Amy sahaja yang bakal menggamatkan Gamat tetapi juga penyanyi Adibah Nor. Bayangkan Amy membawakan watak ibu gamat. Kalau dah Amy namanya, berlakon pula teater kanak-kanak. Jadi bayangkanlah kalau Amy jadi ibu gamat. Tak gamat namanya.
Lagipun mesti ramai yang dah rindukan gelagat Amy yang selamba dan lucu ini kan sejak kali terakhir muncul pada pementasan Siti Di Alam Fantasi beberapa tahun lalu.
Adibah Nor pula Joyah dengar bakal membawakan watak ikan pari yang bertindak sebagai narator pada pementasan itu nanti.
Yang kelakarnya Joyah dengar walaupun bawa watak narator tapi watak Adibah bukan main menggedik dan berlagak sebab kononnya dia ada ekor yang cantik lagi vogue.

Monday, June 29, 2009

Gamat @ Murai.com



9/7/09: Jom Sertai Uji Bakat Teater Gamat


Teks oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2009: Isu tentang pencemaran laut serta khasiat ibu gamat menjadi taruhan Siti Rohayah Attan atau Roy untuk menerbitkan pementasan teater muzikal Gamat di bawah produksi Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). Bakal diarahkan Zaifri Husin yang baru saja selesai mementaskan naskhah Mana Setangginya karya Datuk Nordin Hassan di Istana Budaya, pementasan teater muzikal Gamat ini nampaknya lebih cenderung dikhususkan untuk tontonan seisi keluarga. Sekurang-kurangnya, itulah harapan penerbit Roy yang selama ini lebih kerap menerbit serta mengarahkan pementasan teater berat yang mengangkat tentang soal sejarah, perjuangan hidup, falsafah, jati diri serta pemikiran bangsa Melayu.
"Sesekali buat teater muzikal yang seperti ini, tidak ada salahnya. Kalau asyik nak terbit dan arahkan teater yang berat pun penat juga. Lagipun isu pencemaran alam sekitar yang membabitkan dunia marin kita adalah satu perkara serius yang perlu diberikan perhatian. "Atas sebab itu, PPWM terpanggil untuk mementaskan teater muzikal ini. Kebetulan teater muzikal Gamat ini pernah menjadi projek pelajar Aswara pada tahun 2007. "Ketika itu yang arahkan teater muzikal ini adalah saudara Zaifri Husin sendiri dan apabila melihat bagaimana beliau menterjemahkan cerita alam laut itu dengan baik, ia membuatkan saya tertarik untuk menerbitkannya dalam skop yang lebih besar lagi," katanya kepada murai.com.my. Jelas Roy, dia tidak nafikan bahawa memang ada segelintir pihak yang cuba membuat perbandingan antara teater muzikal Gamat dengan Sinbad. "Kita akan tonjolkan kelainan dari segi rekaan set, props dan kostum yang menggambarkan kehidupan alam laut. Tetapi, apa yang kita tonjolkan nanti akan tetap mempunyai kelainannya. Ia akan lebih teliti dan mendalam lagi. Di mana, kita akan wujudkan kawasan laman berpasir, karangan gua yang digunakan untuk persidangan, jurang terumbu mati dan gua karang berpuaka. "Kita juga cuba untuk wujudkan beberapa elemen lain seperti kapal yang karam di dalam lautan bersama duyung dan untuk menjadikan ia lebih nyata lagi, kita turut menggunakan khidmat multimedia animasi menerusi 10 babak," katanya.Uji bakat Gamat pada 11 & 12 Julai Sementara itu, Zaifri Husin ketika ditemui pula berkata, dia tidak bimbang dengan andaian yang mengatakan bahawa teater muzikal Gamat cuba meniru teater muzikal Sinbad. "Sebelum teater muzikal Sinbad ini muncul lagi, saya terlebih dulu mengarahkan teater muzikal Gamat ini, malah menggunakan rekaan kostum, set dan props yang bertemakan alam laut. "Tapi kedua-duanya mempunyai perbezaan ketara dan memandangkan skala pementasan kali ini lebih besar, secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada saya untuk mencetuskan lebih banyak idea. "Dengan penggunaan 60 orang pelakon dewasan dan kanak-kanak (tidak termasuk watak-watak tambahan), ia pasti akan memberikan satu cabaran yang besar untuk saya berkarya," katanya. Pementasan muzikal Gamat bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 2 hingga 8 Oktober ini dan bakal dijayakan beberapa selebriti popular tanah air seperti Safura, Ava Vaaja dan Natasha Hudson. Ia mengisahkan tentang perjalanan suka duka yang dilalui Anak Gamat yang bernama Mat. Engkar dengan arahan Ibu Gamat yang menyuruh dia duduk di rumah, Mat tidak sedar yang dia sedang menuju ke Taman Plankton sewaktu sedang leka bermain dengan kawan-kawannya. Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderika sakit kesan daripada pencemaran alam telah memerintahkan Obor-Obor supaya menangkap Mat yang disangkanya sebagai Ibu Gamat. Sementara itu, Ibu Gamat yang telah menyedari kehilangan anaknya, cuba menjejaki Mat. Dalam perjalanannya, Ibu Gamat menemui banyak hidupan laut yang sakit dan dia berusaha mengubati mereka dengan kehebatannya. Bagi merealisasikan pementasan teater muzikal Gamat ini, pihak produksi PPWM sedang mencari seberapa ramai pelakon untuk membawakan pelbagai watak yang diperlukan. Jika anda berminat, silalah hadir di uji bakat teater muzikal Gamat ini di Istana Budaya pada 11 & 12 Julai bermula dari jam 10 pagi - 4 petang. Semua bangsa dan lapisan usia dijemput hadir. Tiket menyaksikan pementasan teater muzikal ini pula boleh didapati pada harga RM150, RM100, RM80, RM50 dan RM30. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-6186 6592.




29/6/09: Pengarah Teater Mahu Adibah Jadi Penyu
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4376&c=2&s=3

Oleh: Murai Batu


KL: Murai Batu dengar bukan main sibuk lagi produser dan pengarah teater Siti Rohayah Attan atau Roy cuba memancing penyanyi kesukaan ramai kita, siapa lagi kalau bukan Adibah Noor.Semuanya gara-gara kerana satu pementasan teater muzikal berjudul Gamat yang bakal diterbitkan oleh Roy di Istana Budaya, KL pada 2 hingga 8 Oktober 2009 nanti.Teater yang dikhususkan untuk tontonan seisi keluarga ini mengisahkan perjalanan seekor anak gamat yang tersesat memasuki sebuah taman plankton tanpa pengetahuan ibunya, ibu gamat sehingga berjaya ditangkap seekor sotong kurita yang menyangka dialah ibu gamat.Ceritanya dengar macam ala-ala filem animasi Finding Nemo tetapi isunya lebih menjurus kepada soal pencemaran laut negara yang makin terjejas kehidupannya. Selain itu, ia juga menonjolkan khasiat ibu gamat telah berjaya membantu memulihkan hidupan yang sakit dan teracam itu.Jadi untuk menghidupkan teater Gamat arahan Zaifri Husin ini, Roy sudah berangan-angan untuk mendapatkan Adibah untuk memegang watak seekor penyu yang cukup baik hati.Khabarnya, pemilihan Adibah sebagai watak penyu itu disifatkan sebagai bersesuaian dengan karektornya yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan usia. Betul juga sebab kalau kita kaji, bukan orang dewasa saja yang menyukai Adibah tetapi golongan remaja dan kanak-kanak pun sama. Lagipun, Murai Batu rasa Adibah tidak pernah lagi bekerja dengan produksi teater Melayu. Dulu dia pernah beraksi dalam teater Inggeris Chang & Eng dengan watak Mak Bidan. Barangkali, inilah waktu yang sesuai untuk Adibah mendekati penonton teater Melayu pula.Soalnya, berjaya atau tidak Roy mendapatkan Adibah? Sama-samalah kita tunggu. Tentu Adibah tak jual mahal atau keberatan bukan?


Murai Batu: Selalu tengok lakonan Adibah dalam filem-filem filem Yasmin Ahmad. Bersahaja, sinikal dan kelakar