Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025
Showing posts with label musical gamat. Show all posts
Showing posts with label musical gamat. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Ziana Diintai Berlakon "Muzikal Gamat"







Sabtu Januari 23, 2010


http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/23/mstar_hiburan/20100122165519&sec=mstar_hiburan
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Wajah terbaru Ziana selepas lebih setahun menyepi dari industri hiburan. - Foto Utusan
TEATER Muzikal Gamat kembali menemui penonton dan khabarnya penerbit Siti Rohayah Attan sedang mengintai pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain untuk turut sama berlakon teater yang akan dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 12 hingga 22 Mac depan.
Menerusi kiriman emel, Siti Rohayah atau mesra disapa Kak Roy ini berkata: “Muzikal Gamat akan dipentaskan semula. Kami sedang mengintai Ziana Zain.”
Ziana akui berminat untuk berlakon teater yang pernah dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.
Namun wanita yang mula aktif dalam industri hiburan pada awal tahun ini setelah lebih setahun menyepi itu berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan lagi mengenai teater yang berkisarkan tentang kehidupan laut itu.
Alasan ibu kepada sepasang bayi kembar ini, dia perlu memastikan sama ada jadual kerjanya mampu menampung projek terbaru itu.
Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Dingin, Madah Berhelah, Anggapanmu dan Puncak Kasih ini, berlakon teater bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main
Ini kerana dia sudah bersetuju sejak tahun lalu untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor keempat yang dijangka bermula pada Februari atau Mac depan.
“Saya tidak mahu menghampakan orang yang membayar saya dan semua tanggungjawab yang saya terima perlu dilakukan mengikut kehendak mereka.
“Dalam masa yang sama, saya mempunyai komitmen untuk menjaga kedua-dua bayi kembar pada waktu malam. Jadi, semua keputusan perlu difikir sebaik-baiknya,” beritahu ibu kepada pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.
Dalam perkembangan lain, wanita yang baru menginjak usia 42 tahun itu berkata dia juga dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaru.
“Setakat ini, saya sudah merakamkan dua buah lagu baru tetapi belum pasti bila ia akan diterbitkan kerana sibuk dengan penggambaran fotografi untuk majalah dan produk Slim World,” ujar Ziana yang bergelar duta Slim World sejak tujuh tahun lalu selepas melahirkan anak keduanya.
Dalam temubual menerusi telefon ini, isteri kepada Armin Zaharin ini juga seronok bercerita mengenai Kaseh dan Ariel saat ditanya mengenai rutin hariannya sejak kebelakangan ini.
Menurut Ziana, nama pasangan kembar itu dipilih oleh Armin menerusi buku. Lantas dia terus bersetuju dengan nama yang dipilih asalkan yang perempuan mempunyai dimulakan dengan nama Siti manakala yang lelaki dengan Muhammad.
“Saya tidak kekok untuk menjaga anak tetapi apabila mendapat dua orang bayi sekaligus, saya memerlukan seorang pembantu.
“Sekurang-kurangnya apabila seorang menjaga anak, seorang lagi boleh membuat kerja rumah.
“Memandangkan usia Kaseh dan Ariel sudah mencecah enam bulan dan masih dalam proses pra-matang, jadi agak sukar untuk saya membawa mereka keluar dari rumah.
“Walaupun begitu, mereka sudah boleh makan biskut dan Nestum,” katanya lagi.
Sehingga kini, Ziana masih belum bersedia untuk mendedahkan pasangan kembar tidak seiras itu.
Namun begitu Ziana sempat bercerita tentang wajah Ariel mempunyai iras-iras Aiman dan Ammar serta badannya lebih berisi.
Sementara tubuh Kaseh lebih kurus dan panjang serta bermata besar dan mempunyai bulu mata yang lentik
Ditanya mengenai hal itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana ini tidak menafikan sedang menantikan masa yang sesuai.
“Saya tidak mahu merancang bila akan menunjukkan bayi kembar ini,” tuturnya yang sudah ‘menutup buku’ untuk menambah anak lagi.
Ziana turut berkata dia telah membuat sebuah majlis aqiqah secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.

Tuesday, July 7, 2009

Gamat @ Utusan Malaysia










Oleh SY MUSSADDAD MAHDI
ZAIFRI Husin bukanlah satu nama yang asing dalam dunia teater di Malaysia. Malah tidak keterlaluan jika dianggap dia merupakan antara pengarah teater prolifik di Malaysia pada masa ini.Berilah apa sahaja teater kepada Zaifri, dia pasti melunaskan dengan baik. Itulah keistimewaan Zaifri yang baru mengarahkan teater Mana Setangginya di Istana Budaya baru-baru ini.
Biarpun naskhah Mana Setangginya berat, Zaifri tidak pernah menyerah kalah dan sentiasa memberikan yang terbaik dan komitmen yang tinggi kepada penonton yang hadir.Nampaknya Zaifri tidak menang tangan. Selesai sahaja teater Mana Setangginya, kini dia sudah bersedia dengan teater Gamat yang akan menemui penonton pada bulan Oktober nanti.Sudah pasti sebagai pengarah dan penulis skrip, Zaifri amat teruja dengan teater ini memandangkan ia merupakan teater kanak-kanak yang begitu digemarinya.Menurut Zaifri, walaupun masih lama untuk menemui penonton, pelbagai cabaran yang dihadapinya ketika ini apabila melibatkan pelakon.
"Gamat adalah teater yang berlatar dasar laut. Sudah pasti banyak perkara yang perlu diteliti bagi memperlihatkan suasana yang sebenar di dasar laut."Kita telah sedang mencari pelakon-pelakon tambahan untuk watak-watak haiwan yang ada di dalam laut. Inilah cabaran yang besar sebenarnya bagi saya selaku pengarah."Kita juga mencari pelakon yang benar-benar boleh menari dan menyanyi dengan baik di samping boleh menggayakan watak hidupan laut dengan baik," jelas Zaifri lagi.Teater Gamat yang dianggarkan menelan belanja RM1 juta turut menampilkan nama-nama besar tanah air seperti Safura Yaakob, Natasha Hudson dan Avaa Vanja di samping pelakon kanak-kanak.
Akui Zaifri, dia tidak kisah untuk mengarahkan apa jenis teater sekalipun tetapi minatnya terhadap teater kanak-kanak begitu tebal sekali.Zaifri pernah mengarahkan teater kanak-kanak Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kunyit dan Ali Baba sehinggalah memenangi Persembahan Terbaik Muzikal Kanak-Kanak 2007 di India.
Walaupun kebanyakan teater yang sudahpun diarahkan sebelum ini di pentas yang lebih kecil, Zaifri tidak mahu itu dijadikan alasan apabila teater ini dipentaskan di Istana Budaya nanti.Selain itu cabaran paling besar sudah pasti melibatkan kostum dan set memandangkan teater ini yang berlatar belakangkan dalam laut.Untuk itu pelbagai persiapan yang sedang dilaksanakan walaupun masa yang ada masih panjang. Bagi Zaifri sendiri, dia mengharapkan penonton akan turut sama menyaksikan pementasan Gamat nanti dan berpuas hati dengan hasil kerjanya itu

Wednesday, November 12, 2008

SYNOPSIS OF GAMAT THE MUSICAL


Gamat entails the vibrant lives under the sea which is full of joy and sorrow. It is populated by plenty of marine lives; both good and bad. Including gamat, the sea-cucumbers. The tale began when Ketam Bunga (Flower Crab), Ketam Batu (Stone Crab) and Bintang (Starfish) came out from their homes to play in Taman Laut (The Sea Garden). They lost their ways while overly engrossed, enjoying their little games. It was then they met Mat, the junior sea cucumber who was heading towards the Plankton Garden without the knowledge of his mother. He was instructed by Ibu Gamat, his mother to stay at home.

In the Karang Puaka (Phantom Reefs), Kurita (Octopus) was suffering in pain due to the pollution by mankind. He commanded his followers, the Obor-obor (jellyfish) to catch Ibu Gamat to get her slime which will be able to cure him from his diseases. Obor-obor mistook Mat for his mother and caught him along with his friends instead during their journey to the Plankton Garden. Kurita was furious as his pain became more severe.
Ibu Gamat who realized the lost of his son went to
Buntal (the puffer-fish) who was also the marine police. After some discussion, they seek the advice of Mahatahu (he who knows it all), an eel who gave them some clues as to where to find her son.
Many things happened during her search for Mat. Ibu Gamat
witnessed how sick the marine lives have became due to pollution and she tried to heal them along the way. She also bumped into a bottle containing health drinks, a phone which enabled them to connect to the outside world and etc.
They managed to find Mat finally. Kurita and Obor-obor was captured and brought to the face of judiciary. The admitted to their crimes and were sentenced to clean-up the Sea Garden. They also promised not to disturb the other occupants of the marine lives.