Main Sponsor for Muzikal Gamat Season 2 @ MaTiC

SPECIAL TICKETS OFFER BY HEALWELL PHARMACEUTICALS SDN BHD

Great News! Courtesy of Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, we are offering tickets for Muzikal Gamat2 at the price RM35 for shows on 14, 15, 16, 17, 18 & 21 March 2010, 8.30pm.
You may purchase your tickets at House of Healin, Giant Kelana Jaya.
This package is inclusive of program book, supper & meet the artists session.
Hurry! Only 100 tickets are available each nite.
Contact: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025
Showing posts with label siti rohayah attan. Show all posts
Showing posts with label siti rohayah attan. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Gamat @ MStar Online



20/8/09: Teater Muzikal Gamat Rayu Tajaan
Oleh Wahida Asrani

KETIKA dipentaskan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) oleh pelajar-pelajar jurusan Teater tahun dua di sana kira-kira dua tahun lalu, Zaifri Husin tidak menyangka pementasan itu mampu dibawa ke pentas yang lebih gah, iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).
Ternyata idea yang dicetuskan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk mementaskan 'Gamat' yang pada dasarnya hanyalah sebuah projek kelas ASWARA itu, disambut baik oleh Zaifri, yang merupakan pengarah dan penulis skrip teater muzikal tersebut.
"Ketika wakil PPWM datang bertemu saya dan meluahkan hasrat untuk pentaskan teater ini di IB, saya memang gembira. Tapi, saya beritahu mereka saya ingin berkolaborasi dengan pelajar-pelajar ASWARA juga untuk projek itu nanti, memandangkan ia adalah hasil idea kami bersama.

Aksi anak dan ibu Gamat yang boleh disaksikan menerusi teater muzikal ini kelak

"Dan saya beritahu mereka juga, kena cari penaja untuk pementasan itu nanti kerana pastinya kita ingin lakukan yang lebih baik," kata Zaifri pada majlis pelancaran dan sidang media teater itu di IB, semalam.
Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Secara ringkasnya, Gamat memaparkan kisah suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai hidupan laut seperti Ibu Gamat, Anak Gamat, Ketam, Belut, Tiram, Kurita, Udang Kara, Bobor, Buntal, Kuda Laut dan Penyu.
Teater yang akan mula dipentaskan di IB pada 2 hingga 8 Oktober itu turut melibatkan kira-kira 80 pelakon yang terdiri daripada pelakon kanak-kanak berusia 3 tahun hingga dewasa yang mencecah usia 40 tahun.
Antara pelakon-pelakon handalan yang turut menjayakan teater ini ialah Safura, Juhara Ayub, Zuhairi Ibrahim dan Avaa Vanja.
"Karya ini menegaskan tentang bagaimana kesepakatan 'masyarakat' hidupan laut yang mementingkan kesihatan. Kami menerapkan isu-isu tentang kesihatan dalam cerita ini, tetapi kita olahkan dengan penceritaan hidupan laut agar nampak menarik.


Kostum hidupan laut turut akan menjadi tarikan utama teater ini

"Sedikit sebanyak, kita dapat mendidik penonton tidak kira lapisan umur tentang kesihatan dan alam sekitar.
"Namun begitu, tetap ada sedikit perbezaan kerana dulu pelakon-pelakonnya adalah golongan remaja. Tetapi kali ini, ia membabitkan kanak-kanak dan juga dewasa. Apapun, fokus kita tetap sama," ujar Zaifri yang sebelum ini pernah mengarahkan teater Mana Setangginya dan teater kanak-kanak Ali Baba.
Dalam pada itu, penerbit teater muzikal ini, Siti Rohayah Attan berkata, kelainan yang ditonjolkan dalam teater ini dalam menyampaikan mesej tentang kesihatan dan persekitaran sememangnya cukup menarik dan lantaran itu, PPWM tertarik untuk mementaskan teater itu di IB.
"Secara peribadi, saya adalah penggemar teater dan suka menonton pelbagai jenis teater. Tetapi bila menyaksikan teater ini di ASWARA dulu, saya akui tertarik dengan idea mereka menggunakan dasar laut sebagai 'background'.
"Begitu juga isu yang ingin disampaikan berjaya diterapkan dengan baik di samping elemen hiburan yang dipersembahkan.
"Sepatutnya, kami rancang untuk mementaskan teater ini pada tahun lalu, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu, ia ditunda ke tahun ini," katanya yang juga mungkin ingin menambah isu tentang H1N1 di dalam cerita tersebut memandangkan penularan wabak itu yang kini semakin membimbangkan.
Namun begitu, ujar Siti Rohayah, walaupun begitu teruja untuk mementaskan teater tersebut, pihak penerbitan juga berdepan dengan cabaran tertentu, terutamanya dari aspek penajaan.
"Masalah utama kami ketika ini ialah penajaan. Kami sudah hantar berpuluh-puluh surat kepada badan-badan korporat sejak tahun lalu, tetapi maklumbalasnya amatlah menghampakan.
"Ramai yang lebih suka menaja konsert-konsert dan acara lain berbanding program hiburan berbentuk pendidikan seperti ini. Buat masa ini, kami amat berharap agar program ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan dan dapat disalurkan sedikit dana untuk projek ini," tuturnya.
Permohonan bantuan dana itu kini sedang di dalam peringkat perbincangan di kementerian terbabit di bawah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.
Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 serta RM20 (untuk persembahan matinee saja - 3 dan 4 Oktober) boleh dibeli menerusi laman web www.ticket2u.biz atau talian 03-41498600, CTRA Production (03-61866592/ 017-8716060/ 012-2977220) dan di kaunter Box Office, IB.

Monday, June 22, 2009

Gamat the Musical in Berita Harian




22/6/2009: Gamat RM1 juta muncul di Istana Budaya
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20090622091737/Article/
Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my



KETUA Pengarah Istana Budaya, Muhamed Juhari Shaarani (kiri) melancarkan Gamat sambil diperhatikan Siti Rohayah dan Zaifri.

Cabaran terbaru buat CTRA Production cari dana bagi realisasikan pementasan MAHU melihat ruang pentas Panggung Sari yang menjadi kebanggaan premis berprestij, Istana Budaya (IB) bertukar menjadi dasar laut yang dipenuhi hidupan 'bernyawa'. Bayangkan seketika apabila pelbagai spesis ikan, obor-obor, sotong, tapak sulaiman dan ketam memenuhi segenap ruang di pentas. Mungkin boleh gamat jadinya. Mengambil judul Gamat sejenis hidupan laut yang cukup berjasa kepada manusia kerana kelebihannya mengubat pelbagai jenis penyakit, ia bakal dipersembahkan dalam wadah teater semi muzikal kanak-kanak. Kalau ada yang masih ingat di pentas itu juga beberapa bulan lalu, teater Sinbad yang turut memaparkan sedikit babak membabitkan hidupan laut tetapi tidak secara keseluruhan.
Mengambil pendekatan yang sama seperti filem animasi Barat Finding Nemo dan Car Wash, Gamat yang dijangka menggamatkan penonton yang hadir untuk menyaksikan kisah kehidupan di dunia yang penuh suka dan duka. Ia akan dipentaskan dua minggu selepas sambutan Aidilfitri bermula 2 hingga 8 Oktober depan menggunakan khidmat Zaifri Husin sebagai pengarah yang baru saja mengarahkan teater Mana Setangginya. Menelan kos hampir RM1 juta, teater ini sesuai ditonton seisi keluarga dan dianjurkan CTRA Production. Ia turut mendapat kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) serta Kementerian Kesihatan. “Dengan kos yang dilihat melampau dan keterlaluan itu, ia adalah cabaran buat saya untuk mencari sumber kewangan bagi merealisasikan Gamat. Ia membabitkan duit poket saya yang sudah mula menipis. Saya harap ada penaja yang sanggup bekerjasama. Kami masih menunggu maklum balas beberapa penaja yang sudah ditemui,” kata Siti Rohayah Attan yang bertindak sebagai penerbit. Kali terakhir Siti Rohayah mementaskan teater di IB tahun lalu untuk teater muzikal Ibu Zain.
Katanya, Gamat tidak hadir secara terburu-buru kerana ia melalui proses perbincangan awal sejak tahun lalu. Namun, ia hanya dapat dijelmakan tahun ini. Pada masa yang sama, amanah mementaskan naskhah Ibu Zain lebih perlu diberi keutamaan. “Teater ini asalnya hanyalah daripada sebuah projek penilaian pelajar tahun dua Aswara. Namun ketika itu (tahun lalu), ia dipentaskan pengarah Zaifri Husin dalam skala yang lebih kecil. Lalu, atas sambutan dan maklum balas yang diterima, saya tertarik untuk melaksanakannya dalam skala besar dan pendekatan berbeza. “Kali ini lokasi yang digunakan 100 peratus seperti dalam dasar laut dengan variasi cerita pendidikan (mendidik) dan kemanusiaan. Ia berakhir dengan pengajaran. Untuk mendapatkan suasana seperti dasar laut, pihak kreatif kami akan menggunakan pendekatan multimedia dan animasi. “Set seperti gua karang berpuaka, laman berpasir, jurang terumbu mati dan taman terumbu karang akan dibina bagi menggambarkan suasana laut itu,” katanya yang bertanggungjawab mementaskan teater muzikal Ibu Zain kali kedua di Matic, Saloma Bistro.
Sementara itu, Zaifri yang turut menulis skrip Gamat berkata, seramai 80 pelakon bakal terbabit dalam teater ini. Ketika sidang media pertama mengumumkan perancangan pementasan teater ini minggu lalu, beberapa pelakon seperti Safura Yaakob, Datin Natasha Hudson dan Avaa Vanja adalah antara nama awal yang bakal diserap beraksi di dalam Gamat. Proses uji bakat mencari pelakon dewasa dan kanak-kanak akan diadakan pada 11 dan 12 Julai ini di Istana Budaya. “Saya juga akan mengambil pelajar dan bekas pelajar Aswara untuk berlakon sama di dalam teater ini. Saya akan berbincang dengan Siti Rohayah dalam soal pemilihan pelakon. Untuk tenaga kreatif, saya lebih suka menentukan dengan siapa yang saya senang bekerjasama bagi memudahkan kerja. Sebanyak 16 buah lagu akan digunakan di dalam teater ini. “Kalau nak dibandingkan dengan pementasan Mana Setangginya, teater ini sudah lama dirancang. Skripnya juga adalah yang asli hasil penulisan saya kerana ia pernah dipentaskan pelajar saya di Aswara. Kostum juga akan bertukar baru atau mungkin menggunakan kostum sedia ada. Ini juga kali pertama saya bekerjasama dengan Natasha, Safura dan Avaa Vanja. “Tetapi dengan Siti Rohayah, mereka sudah pernah bekerjasama sebelum ini,” katanya yang pernah mengarahkan teater Ali Baba di Istana Budaya pada 2006 dan mendapat pengiktirafan Persembahan Terbaik Muzikal Kanak-Kanak di India November 2007.

INFO:
Uji bakat akan diadakan pada 11 dan 12 Julai depan bermula 10 pagi hingga 4 petang di Istana Budaya.
Besar kemungkinan juga pada 30 Julai depan, satu sidang media mengumumkan barisan pelakon dan penaja yang bakal terbabit akan diadakan.
Sesi latihan dan raptai akan diadakan di dalam bulan puasa.
Safura antara pelakon yang sudah menerima watak untuk watak Ibu Gamat.

Menarik mengenai Zaifri Husin
Anak kelahiran Muar, Johor.
Memiliki ijazah Sarjana Pengarahan Teater daripada Universiti Middlesex, United Kingdom.
Turut berbakat sebagai pelakon dan pernah muncul di dalam pementasan teater Assyura, Rubiah, Lantai T Pinkie, Selendang Umi, Malam Haram, Mencari Juita dan Tiang Seri Tegak Berlima
Jawatan tetapnya di Jabatan Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ialah Penolong Pengarah.
Bergelar pensyarah sambilan di Aswara.
Teater arahannya adalah seperti Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Mana Setangginya dan Ali Baba.

Sinopsis Gamat
Mengisahkan mengenai suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan ditakdirkan berjumpa dengan Mat (anak Gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) hanya menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya apa yang dirancang tidak mengena dan di situlah bermula sisi perjalanan Ibu Gamat untuk mencari Mat.